Anda Akan Dilatih Menjadi Tenaga Pengajar Yang Berdedikasi, Bertauliah Dan Profesional

pismp

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru 2018 Online. Panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk menjadikan profesion guru atau cikgu sebagai kerjaya masa depan. Apakah syarat kemasukan IPG menjadi guru melalui permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (Dahulunya Maktab Perguruan) ? Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) terkini buat rujukan pelajar. Untuk makluman PISMP dan KPLSPM adalah program yang sama.

Permohonan PISMP untuk pelajar lepasan SPM pada kelazimannya akan dibuka sekitar bulan Mac setiap tahun. Untuk tahun lepas tarikh permohonan dibuka adalah pada 23 Mac 2017. Kursus pengajian yang ditawarkan pada tahun 2017 adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP).

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru

Sebelum dikongsikan syarat-syarat permohonan PISMP atau Syarat Kemasukan IPG, berikut adalah sedikit maklumat berkaitan dengan Program PPISMP/ PISMP.

A. Apa Itu PISMP/ PPISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Untuk sekolah Menengah, pelajar perlu memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA) melalui permohonan UPU 2018 online.

Pemohon adalah dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN untuk mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tiahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

B. Syarat Kemasukan IPG Terkini (Kemasukan 2018)

Berikut adalah syarat dan kelayakan asas beserta syarat pengkhususan permohonan kemasukan ke IPG ambilan tahun 2017 seperti dikongsikan dari Applikasi Permohonan IPG Online. Syarat Kemasukan IPG yang dikongsikan hanyalah sebagai rujukan kerana Syarat Kemasukan IPG terkini ambilan tahun 2018 hanya akan dikongsikan selepas permohonan dibuka.

i). Syarat Dan Kelayakan Asas Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut :-:
    • i. Bahasa Melayu; dan
    • ii. Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

C. Calon Yang Tidak Layak Memohon IPG

Berikut adalah senarai calon-calon yang tidak layak untuk memohon kemasukan ke IPG.

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

D. Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Di IPG

Berikut adalah bidang pengajian yang ada ditawarkan buat calon di IPG:-

  • 1 BAHASA ARAB (SK)
  • 2 BAHASA IBAN (SK)
  • 3 BAHASA CINA (SK)
  • 4 BAHASA INGGERIS (SK)
  • 5 BAHASA KADAZAN DUSUN (SK)
  • 6 BAHASA MELAYU (SK)
  • 7 BAHASA TAMIL (SK)
  • 8 MATEMATIK (SK)
  • 9 SAINS (SK)
  • 10 PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
  • 11 PENDIDIKAN JASMANI (SK)
  • 12 SEJARAH (SK)
  • 13 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
  • 14 PENDIDIKAN MUZIK (SK)
  • 15 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
  • 16 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
  • 17 PENDIDIKAN KHAS (SK)
  • 18 BAHASA CINA (SJKC)
  • 19 BAHASA INGGERIS (SJKC)
  • 20 BAHASA MELAYU (SJKC)
  • 21 MATEMATIK (SJKC)
  • 22 SAINS (SJKC)
  • 23 PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
  • 24 SEJARAH (SJKC)
  • 25 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
  • 26 PENDIDIKAN MUZIK (SJKC)
  • 27 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)
  • 28 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC)
  • 29 PENDIDIKAN KHAS (SJKC)
  • 30 BAHASA INGGERIS (SJKT)
  • 31 BAHASA MELAYU (SJKT)
  • 32 BAHASA TAMIL (SJKT)
  • 33 MATEMATIK (SJKT)
  • 34 SAINS (SJKT)
  • 35 PENDIDIKAN JASMANI (SJKT)
  • 36 SEJARAH (SJKT)
  • 37 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT)
  • 38 PENDIDIKAN MUZIK (SJKT)
  • 39 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT)
  • 40 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT)
  • 41 PENDIDIKAN KHAS (SJKT)
  • 42 BAHASA CINA (SJKC) – LULUSAN UEC
  • 43 PENDIDIKAN ISLAM (SK) – LULUSAN SMA/SMU
  • 44 PPC – BAHASA ARAB
  • 45 PROGRAM KEMBAR – BAHASA PERANCIS

E. Maklumat Lanjut

  • Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
  • Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

Sila hubungi alamat seperti berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan IPG:

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
  • No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Bagi permohonan yang tidak menepati Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru, yang ada membuat permohonan secara online untuk 2017 TETAPI tidak berjaya, peluang untuk menjadi guru bukanlah berkubur selama – lamanya. Ini kerana pihak kerajaan ada menyediakan kuota bagi institusi pendidikan swasta tertentu. Bermakna, peluang untuk menjadi guru masih terbuka luas.

Baca : Senarai Course Pendidikan Di Uni Swasta

Justeru bagi mereka yang berminat dengan kerjaya perguruan, namun tidak layak ke IPG dan PISMP anda masih boleh mengikuti kursus – kursus perguruan ini melalui Universiti Swasta, jom semak senarai U dan Course Pendidikan bagi yang tidak layak Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru yang tidak berjaya di atas.

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru boleh dijadikan panduan buat para pemohon PISMP tahun 2018. Moga anda melepasi syarat kelayakan dan seterusnya berjaya dalam permohonan kemasukan ke IPGM nanti.

Continue Reading