Permohonan maktab perguruan lepasanĀ SPM sentiasa dibuka saban tahun. Biasanya sekitar Mac setiap tahun. Tarikh tepat diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa. Kini, antara kursus perguruan lepasan SPM yang dapat diikuti ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Program ini direka khusus bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah KPM membabitkan pelbagai bidang pengkhususan untuk memenuhi keperluan sekolah rendah. Pelajar PISMP perlu mengikuti pengajian selama empat tahun atau lapan semester di IPG bagi melayakkan mereka mendapat ijazah sarjana muda sebelum ditempatkan mengajar di sekolah rendah seluruh negara.
IPG sendiri kini bukan lagi satu institusi asing. Malah, institusi ini mendapat imej baru dan makin dipandang tinggi dalam fungsinya sebagai institut yang melatih bakal guru. Kerjaya perguruan sentiasa menjadi pilihan mereka yang baru habis spm kerana peluang pekerjaan yang banyak. Tidak terhad kepada sekolah milikan kerajaan sahaja, tetapi kebelakangan ini telah mulai wujud banyak sekolah dan tadika private yang memerlukan tenaga pengajar lepasan PISMP. Ini kerana jaminan kerja dalam bidang perguruan sangat tinggi. Sebaik tamat pengajian, pelajar tidak perlu menganggur atau menunggu lama untuk mendapat pekerjaan.
Syarat Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM
Ada beberapa syarat bagi permohonan maktab perguruan lepasan spm, untuk masuk di IPG. Syarat kemasukan IPG bagi lepasan SPM biasanya terdiri daripada dua kategori utama, iaitu syarat umum dan syarat khusus.
Syarat umum menetapkan calon mesti mematuhi kriteria tertentu, termasuk dari segi kewarganegaraan, umur, kesihatan, kelayakan SPM serta bahasa Inggeris.
Manakala syarat khusus pula ialah syarat berdasarkan setiap jurusan pengajian yang dipilih oleh pemohon. Ini lebih membabitkan kelayakan akademik secara khusus dalam matapelajaran tertentu seperti bahasa, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Semua syarat ini telah diperketatkan berbanding syarat sebelumnya bertujuan menyamai standard pendidikan di negara maju.
Contohnya, Finland, Hong Kong dan Singapura telah mengehadkan syarat kemasukan sebagai guru pelatih kepada hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada graduan yang mendapat kelulusan terbaik.
Bagi permohonan maktab perguruan lepasan SPM, yang ada membuat permohonan secara online untuk 2017 TETAPI tidak berjaya, peluang untuk menjadi guru bukanlah berkubur selama – lamanya. Ini kerana pihak kerajaan ada menyediakan kuota bagi institusi pendidikan swasta tertentu. Bermakna, peluang untuk menjadi guru masih terbuka luas.
Baca : Senarai Course Pendidikan Di Uni Swasta
Justeru bagi mereka yang berminat dengan kerjaya perguruan, namun tidak layak ke IPG dan PISMP anda masih boleh mengikuti kursus – kursus perguruan ini melalui Universiti Swasta, jom semak senarai U dan Course Pendidikan bagi permohonan maktab perguruan lepasan SPM yang tidak berjaya di atas.
.