Kerjaya Guru Tadika Bagi Pendidikan Awal Kanak – Kanak

Kerjaya Guru Tadika, bukanlah semudah seperti ramai orang sangka. Kerjaya guru tadika lebih sukar, lebih mencabar dan memerlukan kemahiran spesifik mencakupi psikologi serta tingkah laku kanak-kanak. Anda perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu bidang pendidikan awal kanak – kanak yang mencukupi jika inginkan kerjaya guru tadika ini.

Mari Kita Selami Apa Kehebatan Kerjaya Guru Tadika.

Kerjaya guru tadika bukan kerjaya baru dalam sejarah peradaban manusia. Ibu di rumah sudah lama memulai kerja mengasuh anak – anak seumpama guru tadika dan memikul banyak tugas dalam melaksanakan fungsi pendidikan awal kanak-kanak.

Kini kerjaya sebagai guru tadika telah diinstitusikan. Di negara kita, kerjaya ini makin berkembang dan kian maju. Tahap pendidikan tenaga pengajar sebagai guru tadika juga telah ditingkatkan sehingga ke peringkat ijazah dan peringkat diploma.

Penambahbaikan sistem pendidikan ini yang melatih tenaga pengajar untuk bergelar guru tadika yang berketrampilan dan berkelayakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana dalam dunia yang serba mencabar hari ini, tanggungjawab mendidik anak – anak ini telah diserahkan sepenuhnya kepada guru tadika dan guru disekolah.

Hal ini menyebabkan lebih banyak bertumbuhnya Sekolah Tadika Swasta yang sanggup mengambil tanggungjawab ini. Ia bukan sahaja melibatkan tentang pembelajaran akademik tetapi dengan kurikulum seperti sekolah rendah dan masa pembelajaran yang lebih panjang.

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak kini juga telah diperluaskan hingga bukan sahaja mencakup soal pendidikan kanak-kanak semata-mata, tetapi termasuk pembinaan akhlak kanak – kanak ini semasa peringkat tadika lagi. Agar suatu hari nanti anak – anak yang dihantar di sekolah tadika private ini membesar sebagai generasi yang berketrampilan, boleh memimpin dan berakhlak mulia.

Baca Juga : Bagaimana Bajet 2018 Memberi Keistimewaan Kepada Pekerja Wanita Dan Semakin Ramai Guru Pengasuh Diperlukan Dalam Sektor Awam

Antara institusi pendidikan yang popular dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.

Dan, apa yang lebih menarik berikutan peningkatan kelayakan iktisas di kalangan guru tadika ialah gaji guru tadika lepasan ijazah kini semakin baik, malah setanding dengan kerjaya bidang lain. Dalam sesetengah kes, ia lebih tinggi dengan pelbagai faedah kerjaya yang lebih banyak serta memuaskan.

Kini keperluan kepada tenaga kerja sebagai guru tadika sentiasa bertambah. Jawatan kosong guru tadika sentiasa dibuka dari semasa ke semasa di seluruh negara.

Rebutlah peluang menjadikan kerjaya guru tadika sebagai kerjaya pilihan anda. Ia pasti menjanjikan kelainan dan keunikan tersendiri.

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Pendidikan Awal Kanak – Kanak Disini

Itu adalah sedikit sebanyak bagaimana kerjaya guru tadika ini sebenarnya ramai yang takut untuk ceburi kerana bimbang berhadapan perangai kanak – kanak. Namun pengalaman penulis yang beristerikan seorang guru tadika, cuma awal dan hujung tahun sahaja mereka sibuk. Jika bukan dalam peak time, isteri tidak pernah membawa pulang kerjanya ke rumah. Itu juga menyumbang keharmonian berkeluarga dan tidak tertekan dengan bebanan kerja dalam bidang kerjaya guru tadika.

 

Leave a Reply