Pendidikan awal kanak – kanak adalah sama penting dengan kerjaya ibunya yang berkerja. Malah pendekatan kerajaan didalam bajet 2018 dilihat akan mengangkat martabat kaum wanita. Jika anda mengikuti pembentangan bajet 2018 baru – baru ini, pasti tidak lupa tentang faedah yang dinikmati para pekerja wanita yang berkerja sebagai kakitangan awam kini menikmati banyak kelebihan termasuk menyediakan khidmat pengasuh kanak – kanak di tempat kerja.
Masalah Kakitangan Awam Wanita Mendapat Perhatian PM
Dalam satu kajian yang dijalankan, 66% wanita di Malaysia berhenti kerja selepas melahirkan anak kerana faktor tiada penjaga dan pengasuh.
Jika seorang anak, ramai ibu bapa yang mampu nak hantar pengasuh dengan kos RM300 sebulan. Kalau 3-4 anaknya memang pekerja wanita terpaksa berhenti kerja untuk mengasuh anak – anak ini sendiri.
Ini akan menyebabkan negara kekurangan tenaga kerja wanita. Dalam kajian tersebut menyatakan, ramai wanita yang bekerja dan mempunyai anak mengalami situasi penurunan mutu kerja kerana faktor kebimbangan, tekanan kerja dan tekanan menguruskan anak – anak dirumah. Hal ini menyebabkan negara mengalami kerugian dalam modal insan yang mempunya keterampilan yang kukuh semasa didalam bidang pekerjaan.
Oleh itu langkah mewujudkan pusat asuhan di tempat kerja membolehkan ibu – ibu yang bekerja ini memantau anak – anak mereka sementara peningkatan mutu kerja dapat dimaksimakan. Pihak kerajaan nampaknya serius mahu menangani masalah yang memang di alami oleh negara yang sedang membangun. Ini sekaligus membuka peluang dalam memberi pendidikan awal kanak – kanak kepada untuk anak kakitangan awam.
Nampaknya kelebihan yang ditawarkan ini juga memberi makna baru dan peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat mengikuti diploma dan Ijazah Pendidikan Awal Kanak – Kanak. Semua sijil pendidikan awal kanak – kanak memang laku bak pisang panas.
UPSI dikenali sebagai tempat untuk mendapatkan Diploma Pendidikan Awal Kanak – Kanak, akan tetapi seperti yang diketahui kemasukan ke IPG adalah terhad disamping perlukan kelayakan yang paling baik. Bagi lepasan SPM yang meminati bidang pendidikan awal kanak – kanak tetapi tidak memenuhi syarat ketat IPG tempatan masih boleh meneruskan minat anda melalui Portal Myedu2u.
Jom Semak Bagaimana Dengan Minima 3 Kredit, Peluang Jadi Guru Tadika & Termasuk Latihan Industri Disini
Baiklah, penulis telah pun berkongsi peluang pekerjaan yang sangat diminati oleh ramai lepasan SPM dan STPM kerana peluang kerja selepas tamat belajar terbuka luas dalam kerjaya perguruan. Anda tidak harus lepaskan peluang jika masih tercari – cari arah selepas tamat SPM kerana kerjaya bidang pendidikan awal kanak – kanak adalah satu pilihan yang utuh.