KPLI dan DPLI dalam sejarah pendidikan di negara ini, ada dua istilah yang sangat popular – KPLI dan DPLI. KPLI merujuk kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, manakala DPLI ialah Diploma Perguruan Lepasan Ijazah.
Kursus perguruan ini dibuka kepada pemegang ijazah yang mengikut pengajian di peringkat universiti dalam pelbagai bidang pengajian, termasuk sains dan sains sosial serta pendidikan Islam tetapi tidak mengambil ijazah pendidikan.
Kini kedua-duanya sudah dihentikan. Pun begitu, kebanyakan guru yang ada di sekolah di seluruh negara sekarang ramai dilahirkan menerusi kedua-dua program pengajian ini.
Mereka telah dididik menerusi program yang direka khusus untuk menjadi tenaga pengajaran menerusi kursus perguruan KPLI dan DPLI ini.
Semua kursus berkenaan dikendalikan di institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sebelum ini lebih dikenali sebagai maktab perguruan.
Institusi ini melalui sejarah panjang dan lama bermula sekitar 1878. Ketika ini negara masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Ia bermula dengan penubuhan Pusat Latihan Guru Melayu dan Singapura di Istana Lama milik Sultan Johor di Teluk Belanga, Johor.
Institusi kebanggaan negara ini kemudian melalui detik perkembangan yang lebih bermakna apabila Parlimen Malaysia meluluskan kenaikan taraf maktab perguruan kepada IPG, iaitu berkuatkuasa pada 1 April 2006.
Menerusi kelulusan itu, IPG diberi keupayaan baru untuk melaksanakan program peringkat sarjana muda bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja sektor pendidikan negara selain meneruskan program sedia ada di peringkat sijil dan diploma, termasuklah KPLI dan DPLI.
KPLI Dan DPLI Telah Dimansuhkan
Sesetengah daripada program berkenaan, terutama KPLI dan DPLI, kini telah dimansuhkan. Bagaimanapun, menurut kenyataan terbaru Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon seperti dilaporkan pada 12 Oktober 2017,
KPM akan melaksanakan semula KPLI dalam tempoh lima tahun akan datang jika berdepan masalah kekurangan guru di sekolah.
Menurutnya, KPLI akan dilaksanakan untuk kesemua jenis sekolah, termasuk sekolah kebangsaan.
Kini institusi negara ini kekal meneruskan fungsi murni mendidik anak bangsa dengan melahirkan ramai tenaga guru untuk menampung keperluan negara.
Mereka yang berminat menyertai program pendidikan guru di institusi berkenan bolehlah meneliti perkembangan maklumat di media cetak dan online dari semasa ke semasa.
Taip sahaja di Internet beberapa carian yang berkaitan seperti “dpli 2018”, “dpli 2018 intake”, “dpli ambilan 2018”, “mohon dpli”, “borang dpli”, “temuduga dpli”, “kpli ambilan 2018” “permohonan online kpli”, anda akan temui maklumat yang serasi.
Baca dan fahami keperluan yang ditetapkan KPM.
Bagaimanapun, selain mengikut pengajian perguruan seperti KPLI dan DPLI, jika diwujudkan semula oleh KPM, mereka yang berminat menyertai kerjaya perguruan kini juga dapat berbuat demikian di universiti swasta yang diiktiraf kementerian.