Tentang Kami

MyEdu2u ditubuhkan pada 02 September 2013 dan daftarkan atas nama MYEDU2U, jika ada sebarang pertanyaan atau soalan sila terus berhubung di talian hotline yang disediakan: 088 – 758858

No Permohonan: I/N00130/2017
Rujukan Khas: 01047722N
No Geran: 017550775

MYEDU2U Mendapat pengiktirafan daripada beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk menjalankan program-program pendidikan.

Pembangunan Negara menjadi agenda utama dalam setiap kali belanjawan Negara dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9) untuk meningkatkan nilai sosio-ekonomi masyarakat, contohnya misi nasional yang dirangka dalam RMK 9 melalui lima teras utama, di mana teras yang kedua adalah seperti berikut:

“Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi Negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Oleh itu kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan Negara secara menyeluruh dari peringkat pra-sekolah  hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional”

Sinonim dengan impian kerajaan tersebut maka Myedu2u telah mengambil beberapa langkah bagi menyahut seruan kerajaan mewujudkan pendidikan berterusan dengan menawarkan pelbagai program pendidikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada sektor pembangunan modal insan. Program pendidikan yang ditawarkan meliputi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta mendapat pengiktirafan daripada MQA.

Melalui program yang ditawarkan, para pelajar berpeluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik mereka di setiap peringat dan ini secara tidak langsung akan membantu para graduan untuk meneroka peluang kerjaya dalam bidang yang diceburi dengan tawaran jawatan serta memperoleh pendapatan yang baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian Myedu2u merupakan platfom yang terbaik dalam melahirkan golongan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.