Sarjana Pendidikan (Pengkhususan Bahasa Inggeris)

Sinopsis

Bahasa Inggeris adalah bahasa penghantar bagi kursus-kursus TESL manakalah bahasa melayu dijadikan bahasa penghantar bagi beberapa kursus asas.Program ini diadakan adalah memberi peluang untuk penilaian kritis dalam isu-isu pengajaran dan pembelajaran bahasa.Memberi pendedahan untuk meningkatkan kesedaran dalam isu-isu yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan memberi pengenalan kepada tentang pendekatan yang terkini dan pembangunan dalam pembelajaran bahasa.Program ini menyokong usaha untuk melahirkan graduan yang berakhlak mulia, pendidik yang professional, pemimpin yang cekap dan berfikiran kreatif dan kritis.

Hasil Pembelajaran Program

  • Menguasai dan mengintegrasikan ilmu kaedah pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  • Berkemahiran berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan mampu menyelesaikan masalah berpandukan hikmah.
  • Berkeupayaan berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Inggeris dan berfungsi sebagai pemimpin dan ahli yang berkesan dalam pasukan.
  • Berkemahiran menguruskan dan mengintegrasikan maklumat dalam pengajaran Bahasa Inggeris serta amalan pembelajaran berterusan
  • Mengamalkan sikap, nilai tanggungjawab serta etika yang profesionalisme keguruan.
  • Melaksanakan tanggungjawab social dalam masyarakat bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Prospek Kerjaya

membuka peluang kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah, Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Penyelidik Pendidikan, Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).