BERCITA-CITA MENJADI SEORANG PENDIDIK ?

Pengambilan Bagi Lepasan SPM-STPM-Matrikulasi-SVM-DVM-STAM-UEC-DIPLOMA.
TAWARAN PROGRAM PENGAJIAN KE

Carian pantas jadual pengambilan terkini

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kelayakan Minima

Lulus Sejarah & 3 Kepujian Dalam Mana-Mana Mata Pelajaran SPM

Tempoh Pengajian

2 tahun 6 Bulan 1 Semester Latihan Industri Di Sekolah Yang Dipilih (Daerah Kelahiran)

Syarat Dan Kelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Tiga (3) kepujian 6C/Gred C mana-mana mata pelajaran dan wajib lulus mata pelajaran Sejarah.

Mengenai Program

Objektif program ini adalah untuk menghasilkan para tenaga pengajar yang berkualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak dan dapat menyepadukan segala prinsip-prinsip pengurusan kurikulum, pendidikan dan pentafsiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 

Para pelajar akan dilatih dalam melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta mampu mengaplikasi peranan sebagai pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam masyarakat pelbagai budaya serta selaras dengan perubahan sosial dan teknologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Memahami konsep falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan menggunakan prinsip-prinsip pendidikan adalah sangat penting untuk membantu perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi kanak-kanak

Tawaran Program

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak. Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewajibkan para guru-guru tadika untuk mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020

Bantuan Kewangan

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan
KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. KPM sedang meningkatkan kemasukan pelajar ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015.

Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda

  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan,
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Gaji

Permulaan: RM 1,500 hingga RM 2, 500
Profesional: RM 3,500 hingga RM 5,500

IJAZAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kelayakan Minima

PNGK Diploma/STPM/Setaraf sekurang-kurangnya 2.OO (Keterangan lanjut sila baca syarat am kemasukan di bawah)

Tempoh Pengajian

3 tahun1 Semester Latihan Industri di Sekolah yang Dipilih (Daerah Kelahiran)

Syarat Dan Kelayakan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau 2 Prinsipal atau memiliki Matrikulasi/Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67)​

Mengenai Program

Objektif program yang ditawarkan adalah untuk mendedahkan para pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya dan kebolehan dalam melaksanakan pengajaran dan interaksi yang positif dan berkesan seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun.

Program ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, membina sikap yang profesional, etika yang mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.

Program ini menggunakan prinsip–prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dalam setiap proses pendidikan awal kanak-kanak dalam merekabentuk, melaksana dan menilai kurikulum berasaskan garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah.

Tawaran Program

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutama pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA.

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak.

Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malayasia (KPM) yang mewajibkan para guru-guru tadika untuk mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020.

Bantuan Kewangan

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan
KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meningkatkan kemasukan ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015.

Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda

  • Pensyarah
  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan,
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Gaji

Permulaan: RM 1,500 hingga RM 2, 500
Profesional: RM 3,500 hingga RM 5,500

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kelayakan Minima

PNGK Diploma/STPM/Setaraf sekurang-kurangnya 2.OO (Keterangan lanjut sila baca syarat am kemasukan di bawah)

Tempoh Pengajian

3 tahun1 Semester Latihan Industri di Sekolah yang Dipilih (Daerah Kelahiran)

Syarat Dan Kelayakan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau memiliki Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67)

Mengenai Program

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma dan orang dewasa yang berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan.

Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tawaran Program

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma dan orang dewasa yang berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan.

Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bantuan Kewangan

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan
KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan

  • Pensyarah
  • Guru Sekolah Rendah
  • Guru Sekolah Menengah
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan,
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Gaji

Permulaan: RM 2,300 hingga RM 3, 500
Profesional: RM 3,500 hingga RM 8,000

X

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.