Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak

SINOPSIS Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah.

Program ini di reka dengan teliti untuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.

Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran, mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Pensyarah
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Pengusaha tadika dan taska

Info Lanjut Pendaftaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semak Disini